Let's Join Me..

Friday 21 October 2011

Mari Mengenal Huruf

Di bawah ni antara aktiviti yang boleh kita lakukan supaya murid lebih seronok mengenal huruf pada awal2 pembelajaran mereka ni..

1- Mengenal huruf melalui nama mereka sendiri
Buatkan kad nama mereka, biar murid sebutkan huruf yang ada pada nama mereka, letakkan nama pada barang2 mereka supaya murid sentiasa bermain dengan nama mereka, nyanyikan lagu menggunakan nama2 mereka...

2- Huruf2 magnet
Beri peluang kepada murid mengambil huruf2 yang ada pada nama mereka. Pastikan murid mengambil kedua2 huruf kecil dan besar. Selepas itu, biar mereka susun semula huruf2 tersebut membentuk nama mereka...mesti mrk seronok..

3- Menekap nama/teknik gosokan
Aktiviti ni rasanya mesti menarik..tp cikgu kenalah korban masa buat sat...he..he, buatkan nama/huruf pada kadbod, gamkan huruf2 tersebut pada kadbod yang lebih besar. Letakkan sehelai kertas diatas kadbod tadi (yang dah digamkan dgn huruf2 @ nama tu) dan gunakan krayon untuk menggosok kertas tersebut...dan...haaa pasti nama mereka @ huruf tadi tertera semula pada kertas tu..mesti murid seronok kan....

4- Gelang nama
Untuk memudahkan murid mengingati nama dan menulis nama mereka dengan mudah, buatkan gelang tangan yang mempunyai nama mereka...Tuliskan nama pada sekeping kertas yang dipotong lebih kurang saiz pergelangan tangan budak...(lebar dan panjang tu bergantung pd cikgu la nak potongnya). Pakaikan gelang tersebut dan lekatkan hujung kertas dengan gam. Kalau mau ceria lagi..biarkan murid warna @ corakkan gelang mereka jika mahu...

5- Jom cari huruf
Di atas sehelai kertas, tulis @ taip seberapa banyak huruf yang boleh dan biarkan murid mencari huruf2 yang berkaitan dengan nama mereka dan bulatkan.

6- Huruf pasir
Biasalah yang ini memang kita dah buatkan...minta murid menulis huruf2 di atas pasir..ala kat sudut main pasir tu la..

7. Huruf di pinggan
Yang ini kita perlukan pinggan kertas/ pinggan polysterin dan penyepit kain. apa perlu kita buat..dengan menggunakan marker pen, bahagikan pinggan tersebut kepada 4 hingga 8 bahagian dan tulis huruf2 di atasnya. Selepas itu, tulis jugaklah huruf2 pada penyepit tu..dan mintaklah murid2 tu cari penyepit yang mempunyai huruf yang sama seperti pada pinggan mereka dan sepitlah pada pinggan tersebut mengikut huruf yang tertera...(kira macam padankan huruf yang sama)

No comments:

Post a Comment

Jom Tengok Ape Lagi Ada :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...