Let's Join Me..

Friday 30 September 2011

GEMPAR di SKTU....

29 September 2011, sekolah SK Trolak Utara digemparkan dengan kejadian keracunan makanan yang menimpa murid-murid.. Lebih kurang 80 orang murid di bawa ke Hospital Slim River...  Berkemungkinan ianya berpunca dari SUSU 1 Malaysia yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Selepas 1 jam minum air susu 1 Malaysia tersebut, terdapat beberapa org murid thn 1 yang menunjukkan simptom2 keracunan seperti muntah2, pening, sakit perut & cirit birit... tidak lama kemudian, simptom2 ini berjangkit kepada murid2 lain dan sebanyak 11 kenderaan guru digunakan untuk membawa murid2 ke Hospital untuk mendapatkan rawatan segera...
bahan punca & bahan bukti

Sedang meneliti tarikh luput

murid-murid yang menunggu turn di bawa ke hospital

sudah mula sakit perut...Sian kat bebudak ni.

Guru membantu murid yang muntah..

Staf kesihatan yang sedang mengambil keterangan..


Guru Susu 1 Malaysia sedang berbincang dengan Pegawai Kesihatan Tapah yang baru tiba..

Salah seorang pegawai kesihatan sedang memberi taklimat & menenangkan murid2 & ibu bapa..

Paper Dolls

n3 kali tentang akt anak2 didik yang sangat seronok dapat membuat paper dolls sendiri... Tak payah miintak mak ayah belikan dolls lagi sebab dah pandai buat sendiri...sesape yang nak gak buat paper dolls ni bleh lah masuk link yg di beri ni... : http://www.firstpalette.com/Craft_themes/People/communityhelperpaperdolls/communityhelperpaperdolls.html...

 Anak2 saya ini sangat suka buat aktiviti berbentuk kreativiti... Bersunguh-sungguh mereka menyiapkan paper dolls ni..
Paper Doll yang berjaya disiapkan oleh cikgunyer...hihihi...
Sungguh khusyuk anak2ku ini menggunting paper dolls mereka.... Sangat berhati - hati sebab nak dapat hadiah paper doll tercantik...

Sangat khusyuk...
Berhati-hati..










Masing2 tayang paper doll mereka...
 
 

  

Thursday 29 September 2011

Belajar Mencuci...

Nak share aktiviti bebudak hari ni.. Main air..hehehe.. Hari ni, ajar bebudak cam mane nak menjaga kebersihan diri dari segi pakaian.. So, bebudak hari ni belajar cuci kain tuala tangan yang selalu digunakan untuk lap mulut & tangan mereka di sekolah... Bebudak punyer la seronok dapat main air sabun...cikgu pun suke main air sebenarnye...huhuhu..


 
Sedang khusyuk memberus..
memberus sambil berposing..

   


Lepas penat memberus dengan bersungguh-sungguh, sudah tiba masa untuk membilas tuala plak...main air time....hihihi..
Membilas sambil bersembang...

Balik nanti boleh tolong mak bilas kain ye...

Berebut nak bilas..sabar ye...   

Setelah selesai main air masa membilas, masa untuk mengeringkan tuala tu plak ye anak2... Anak2, jemur tuala di ampaian...sebab ampaian takde, so kite sidai kat pagar sekolah ye, ape yg penting tuala tu kering..hihihi..

Cepatlah sidai, saya pun nak sidai jugak..

Sidai elok2...nanti jatuh, kena tanah kotor semula..

Semangat sungguh anak2 ni jemur tuala diorang...  

 Seronok anak2 ku hari ni dapat main air sambil belajar mencuci / memberus tuala tangan mereka... Balik nanti, rerajinlah tolong mak, ayah, kakak, abang, nenek atau datuk mencuci kain kat umah ye...

Wednesday 21 September 2011

Kemeriahan Berganda

Tahun ni Hari Raye disambut bersama dengan Hari Kebangsaan Negara yg ke-54.. Memang kemeriahan yang berganda-ganda... Di sekolah, kami juga meraikan kemeriahan berganda ini bersama murid-murid.. Kalau Xcaye betapa berganda kemeriahannyer, tgk kat bawah ni k...
Murid-murid sedang menyanyikan lagu Jalur Gemilang  dengan bergaya dengan baju rayanyer... Sangat Meriah & bersemangat..

 Nilah wajah anak2 kecil yang bakal mewarisi & merealisasikan harapan negara untuk menuju Wawasan 2020....Sentiasa bersemangat.. Budak yg mencangkung tu demam sbnarnye, tp tetap dtg sekolah untuk sama2 merasakan & meraikan kemeriahan berganda..
Antara guru-guru yang juga sama bersemangat meraikan kemeriahan berganda  bersama-sama murid..



Kenduri kemeriahan berganda bermula...... Jangan lupe baca doa sama-sama yee.....enjoy...


Tuesday 20 September 2011

Mutiara Kata Sang Pujangga

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
 -Alias Haji Muda-

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
Khalifah Abdul Malik bin Marwan -

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya.  
- Hamka -
 
 

Jom Tengok Ape Lagi Ada :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...