Let's Join Me..

Friday 30 September 2011

GEMPAR di SKTU....

29 September 2011, sekolah SK Trolak Utara digemparkan dengan kejadian keracunan makanan yang menimpa murid-murid.. Lebih kurang 80 orang murid di bawa ke Hospital Slim River...  Berkemungkinan ianya berpunca dari SUSU 1 Malaysia yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Selepas 1 jam minum air susu 1 Malaysia tersebut, terdapat beberapa org murid thn 1 yang menunjukkan simptom2 keracunan seperti muntah2, pening, sakit perut & cirit birit... tidak lama kemudian, simptom2 ini berjangkit kepada murid2 lain dan sebanyak 11 kenderaan guru digunakan untuk membawa murid2 ke Hospital untuk mendapatkan rawatan segera...
bahan punca & bahan bukti

Sedang meneliti tarikh luput

murid-murid yang menunggu turn di bawa ke hospital

sudah mula sakit perut...Sian kat bebudak ni.

Guru membantu murid yang muntah..

Staf kesihatan yang sedang mengambil keterangan..


Guru Susu 1 Malaysia sedang berbincang dengan Pegawai Kesihatan Tapah yang baru tiba..

Salah seorang pegawai kesihatan sedang memberi taklimat & menenangkan murid2 & ibu bapa..

 Guru-guru memberikan komitmen yang jitu terhadap kes ini, buktinyer pada hari ini semua guru-guru pulang selewat 4 petang bagi memastikan murid2 selamat.. Walaubagaimanapun, terdapat setengah ibu bapa yang tidak langsung menghargai jasa guru ini dengan memaki hamun guru & menuduh guru punca kejadian.. Memang sangat sedih.. Tapi Xper, yang penting semua murid2 selamat & sihat seperti sediakala...

1 comment:

  1. tu lah pasal..kite bersusah payah bawak anak depa ke spital..tp xde sepatah kata pun ucapan terima kasih utk cikgu cikgu ..sedih dgn sikap para ibu bapa walaupun bkn semua yg bersikap begitu ..

    ReplyDelete

Jom Tengok Ape Lagi Ada :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...